Repost from the old Ixarism dated 14072011
Julai Dua Tahun Lepas...
Pagi ini indahnya lebih daripada biasa. Sang mentari tak lokek berkongsi sinar. Bumi kelihatan begitu sempurna; cantik!
Sunny but not too shiny.
Derapan kaki lelaki itu melangkah keluar, seperti hampir tidak berbunyi. Anak-anak masih lagi berselimut. Sang isteri sedang sibuk di dapur. Inilah peluangnya, bisik kata hatinya.
Enjin kereta dihidupkan, lalu ia berlalu pergi. Jelas sekali tiada yang sedar akan pemergiannya. Dia senyum, kelegaan.
Serata pelosok diterokai, mencari sesuatu yang seindah pagi Julai untuk sang isteri. Hatinya bulat dengan keputusan. Tradisi mesti diteruskan. Pencarian mawar merah menjadi misi.
Alhamdulillah, akhirnya sejambak mawar merah berjaya ditemui. Usai ditanya nilainya. Pastinya tidak sehebat cinta kepada isteri tersayang. Merasa puas, si lelaki bersiul-siul memandu mobilnya pulang.
Rumah itu masih sunyi. Tiada sesiapa yang menyambutnya di muka pintu. Bibirnya mengulum senyuman. Semuanya dilakukan dalam senyap. Kakinya membawanya ke dapur, seperti mana hatinya meronta-ronta sama ingin ke sana. Bertemu isteri jelita, menceriakan hari bahagia.
Bukan kepalang sang isteri kekagetan, menerima hadiah indah si suami. Mawar merah; lambang cinta sejati. Sebutir kucupan yang hinggap di pipi si pemberi sangat beerti, lebih bermakna daripada ungkapan terima kasih.
For a love story like this, a simple morning can mean everything on the anniversary.
Julai Tahun Ini...
Hari ini masih lagi indah, seperti Julai-Julai yang pernah kunjung tiba.
Kereta itu berdeseup pergi. Meninggalkan rumah, melaksanakan misi Julai. Sedikit berbeda suasana tahun ini. Masih indah, namun sedikit suram.
Kaki isteri membuka langkah keluar dari kereta. Tidak sabar bertemu si suami. Perasaannya bergelora, bercampur-baur.
Lantas dia duduk di situ, di pusara suami, disinari cahaya mentari. Bibir tidak putus-putus berdoa, cuba menahan sebak menunjukkan kekuatan diri. Dalam hati tak tertanggung rindu, tuhan sahaja yang tahu.
Selesai menghadiahkan doa, dihiasnya indah pusara itu dengan bunga-bunga mekar mewangi.
Dan yang pasti mawar itu masih ada, kerana ia signifikasi cinta mereka. Cuma kini, status pemberi sudah bertukar ganti.
* * * * *
To mama, I wish you a very wonderful birthday, dengan doa agar mama sihat dan sejahtera selalu, gembira bersama kami semua. I love you, mama.
And to you, ayah, this anniversary definitely still subsists, and will always do, though you're not physically around. Because we know, you're always here for mama, and for all of us. I love you, ayah.
.