Sunday, August 24, 2014

Sixty Six

Salam lebaran yang dah nak tiba ke penghujungnya dah pun.

Banyak sungguh yang bermain di fikiran, yang perlu diturunkan ke dalam buku catatan supaya tak lupa dan bila dah tercatat nanti barulah kita rasa, "Oh, taklah banyak sangat sebenarnya kerja aku."

Punca segala kerja yang menimbun ialah cita-cita. Cita-cita merogol masa kualiti bersama yang tersayang. Dan membuatkan aku tersepit; cita-cita dunia dah jelas, cita-cita nak membawa ke akhirat macam mana?

Makin dirasa banyaknya kerja, makin tak cukup masa. Mengingatkan diri pada kisah Rasulullah s.a.w. yang agung, yang mana sangatlah berkat masa dalam kehidupan sehariannya.

Ah, "keberkatan masa" itulah yang aku cari sebenarnya.

Rasulullah s.a.w. solat subuh di masjid, dan ada pagi yang baginda pergi menyuapkan seorang Yahudi buta sarapan. Baginda, sebagai seorang ketua negara, mempunyai masa bergurau senda dengan isteri(-isteri)nya, membuat amal jariah, dan bangun malam bertahajjud! Menakjubkan lagi, surah-surah yang dibaca dalam solat-solat malamnya bukanlah ayat-ayat lazim yang pendek-pendek, tetapi surah-surah yang panjang seperti Al-Baqarah. Jadi, bayangkanlah berapa lama masa diambil untuk qiammullail baginda?

Kita ni sentiasa tak cukup masa. Sampai tertinggal solat. Terlupa makan. Terlupa telefon orang yang tersayang. Tak sempat masak. Tak dapat pergi majlis walimah rakan-rakan. Ke mana hilangnya keberkatan masa itu?

Seringkali kita tekankan tentang keberkatan harta sehingga terlupa babak keberkatan masa.

Cepat sungguh badan terasa letih, walhal baru memandu dari Keramat ke Balakong di tengah hari terik. Keberkatan kesihatan juga ke mana hilangnya?

Banyak yang perlu dimuhasabah nampaknya. Agaknya, selagi tiada penambah baikan diri, selagi itu Allah tak kurniakan kejayaan.

Betulkan niat dan teruskan usaha, Izzah.

Oh, dan jangan lupa jogging.

Monday, August 4, 2014

Sixty Five

Selagi belum kering keringat yang menitis itu, jangan pernah mengaku kalah.


This isn't your fight alone. This isn't the end of the road.


Even if you're pushed to the walls, remember that; there are world beyond those walls we've yet to discover. Let them push, let you bleed.


Because deep inside I believe happiness awaits.